Pernahkan anda mencuci kain batik dan luntur warnanya? Perkara tersebut amat mengusarkan kerana kadang-kadang ia menjejaskan pakaian yang lain. Haaa, jangan risau kerana kami ada sedikit tips yang boleh digunakan ketika mencuci kain batik supaya tidak luntur dan kelihatan cantik seperti yang baru.
Anda memerlukan:
- besen
- 3 camca serbuk teh
- 1 gelen air
Cara-cara nya adalah:
- Didihkan air, masukkan ke dalam satu bekas dan masukkan serbuk teh.
- Biarkan sebentar supaya pati teh keluar dan tapiskan ke dalam baldi.
- Rendamkan kain batik ke dalam pati selama 30-40 minit.
- Jangan di perah dan jemurkan di tempat yang redup.
Mudah bukan? Apa tunggu lagi. Selamat mencuba. :D
Petikan di ambil daripada : Petua segala Petua ,susunan Normila Kamal
