14 February 2012

Kain Batik Mudah Luntur?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Pernahkan anda mencuci kain batik dan luntur warnanya? Perkara tersebut amat mengusarkan kerana kadang-kadang ia menjejaskan pakaian yang lain. Haaa, jangan risau kerana kami ada sedikit tips yang boleh digunakan ketika mencuci kain batik supaya tidak luntur dan kelihatan cantik seperti yang baru. 

Anda memerlukan:
  • besen
  • 3 camca serbuk teh
  • 1 gelen air
Cara-cara nya adalah:

  1. Didihkan air, masukkan ke dalam satu bekas dan masukkan serbuk teh.
  2. Biarkan sebentar supaya pati teh keluar dan tapiskan ke dalam baldi.
  3. Rendamkan kain batik ke dalam pati selama 30-40 minit.
  4. Jangan di perah dan  jemurkan di tempat yang redup. 
Mudah bukan? Apa tunggu lagi. Selamat mencuba. :D




Petikan di ambil daripada : Petua segala Petua ,susunan  Normila Kamal

13 February 2012

Welcome to Fashion2Jannah



Fashion2Jannah is an online store that offers various Muslim clothing. Our goal is to help you keep in fashion without violating sharia guideline. Hopefully it can help us fulfill responsibilities as muslim and bring usto jannah. With Fashion2Jannah, you can buy without worries because your satisfaction, is our priority.Have a pleasent shopping experience. :)

Selamat Datang ke Fashion2Jannah

Fashion2Jannah merupakan sebuah kedai online yang menawarkan pelbagai busana muslimah. Matlamat kami ingin membantu anda berfesyen tanpa melanggar tetapan syariah. Semoga ia dapat membantu kita menghindarkan dari perkara mungkar dan membawa ke jannah. Dengan adanya Fashion2Jannah, anda dapat membeli belah tanpa rasa ragu-ragu kerana kepuasan anda adalah keutamaan kami. 

Selamat membeli kepada semua pelanggan. :)